fbpx

800 pelajar baharu USIM mula daftar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED Ridza Wahiddin (kanan) beramah mesra dengan pelajar baharu yang mendaftar di USIM, Nilai di Seremban hari ini. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai dekat sini mula menerima pendaftaran seramai 800 daripada 2,445 pelajar baharu dan keperluan khas hari ini.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, pendaftaran pelajar baharu dan keperluan khas diadakan di dua lokasi berbeza di universiti tersebut bagi mengurangkan kesesakan ketika proses pendaftaran.

“Pada hari ini, USIM memulakan sesi pendaftaran secara fizikal dan hampir 800 pelajar baharu dan berkeperluan khas mula mendaftar. Ia telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor dan di Kediaman Nilam Court.

“Kami juga hanya membuka dua pintu laluan kemasukan ke USIM bagi mengelakkan kesesakan dan mengambil kira segala langkah termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan virus Covid-19 tidak menular di kawasan persekitaran universiti ini.

“Bermula hari ini juga pihak universiti hanya membenarkan penuntut yang sudah dilengkapi dua dos sahaja manakala bagi mereka yang masih tidak lengkap disebabkan kesihatan mereka akan menjalani ujian calitan dalam tempoh 48 jam dan saringan bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 di universiti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI