fbpx

Yonnyboii tepis tuduhan perampas kekasih orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YONNY menafikan dakwaan ramai yang mengatakan dia merampas kekasih orang.

PETALING JAYA – Selepas mengejutkan ramai dengan berita pertunangan dengan wanita cantik bernama Nik Nazira Narriman, penyanyi rap Yonnyboii kini terpalit pula dengan tuduhan, kononnya dia perampas kekasih orang.

Semuanya gara-gara laporan sebuah berita mengenai penyampai radio Hot FM, Imran Aqil yang terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu Nik Nazira, 22, tiba-tiba mengikat tali pertunangan dengan Yonny pada 8 Oktober lalu.

Menepis tuduhan sebagai perampas, pemilik nama penuh sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, itu menjelaskan dia tidak pernah memgambil hak orang lain kerana perkenalan dengan Nik Nazira bermula sebagai kawan sekitar setahun lalu.

“Tiada istilah merampas kerana pada awalnya kami hanya kawan biasa tetapi selepas mendapat restu keluarga dan tuan punya badan, barulah hubungan kami bertukar serius.

“Hubungan saya dengan tunang pun hanya tidak dirancangan dan semuanya berlaku mengikut aturan Tuhan dan saya menerima baik dia sebagai jodoh saya,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Imran yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.

Imran, 22, berkata, dia tak sangka pasangan itu mengikat tali pertunangan memandangkan hubungan dia dan bekas kekasihnya itu baru sahaja berakhir pada 9 September lalu.

Enggan berpanjangan, pelantun lagu Sakit itu berharap Imran tidak lagi mengungkit atau bercerita mengenai hal tersbeut bagi mengelakkan berlaku salah faham.

“Cukup-cukuplah nak bercerita mengenai isu ini, sedangkan dia sendiri beritahu bahawa hal jodoh ialah ketentuan Tuhan.

“Jika benar sudah terima kenyataan, dia perlulah move on dan doa yang baik-baik untuk kami. Dia juga masih muda dan ramai lagi wanita di luar sana,” ujarnya.

Kata Yonny, dia juga tidak mahu terlalu melayan hal ini kerana ingin fokus terhadap persiapan hari bahagianya yang akan berlangsung pada 22 Januari depan.

Terdahulu, pada 9 Oktober lalu, Yonny mengejutkan ramai apabila dia berkongsi sekeping foto majlis pertunangannya dengan Nik Nazira yang dikenalinya menerusi platform permainan video online sekitar setahun lalu.

Dedah Yonny juga, mereka mula serius sejak empat bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI