fbpx

Tidak boleh hanya melihat kepentingan UMNO – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa - FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – “Apa-apa pendirian yang dibuat oleh UMNO, tidak boleh hanya melihat daripada kepentingan UMNO sahaja,” tegas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan sebuah portal semalam melaporkan, Ahmad Zahid memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan kelak.

Annuar berkata, sebarang pendirikan daripada UMNO tidak harus melupakan kepentingan Perdana Menteri lebih-lebih lagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob datang dari parti kecil minoriti.

“Saya berpandangan UMNO sekarang sebuah parti sedang memimpin kerajaan diketuai Perdana Menteri. Justeru, apa-apa jua pendirian UMNO tidak harus melupakan betapa pentingnya Perdana Menteri yang memerlukan kerjasama banyak pihak.

“Hal ini kerana Perdana Menteri datang dari parti kecil minoriti yang hanya 37 kerusi daripada 114 kerusi dan beliau memerlukan sokongan baik daripada banyak pihak,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Pakej Remaja Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata, tidak seharusnya sesuatu Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Kecil (PRK) boleh menggugat konsep Keluarga Malaysia dan konsep inklusiviti dianjurkan oleh Perdana Menteri. -K !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI