fbpx

Tak serik-serik, masih ada yang berbasikal lajak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN kanak-kanak dan remaja yang melakukan aktiviti basikal lajak di sekitar Taman Tampoi, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Sekumpulan remaja lelaki dikesan masih me­nunggang basikal lajak di jalan-jalan utama di sekitar bandar raya ini.

Terbaharu, seorang pengguna jalan raya sempat merakam gambar kanak-kanak terbabit me­nunggang basikal lajak dengan aksi yang merbahaya di Taman Tampoi, di sini kelmarin.

Seorang peniaga, Mazlin Abu Bakar, 41, berkata, dia dari ­Kluang kebetulan ada urusan kerja di Johor Bahru merakam kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Saya dari Kluang nak hantar tempahan kopi kepada pelanggan di Johor Bahru, apabila melalui kawasan Taman Tampoi jalan menghala ke Angsana Mall, saya tengok dalam lapan hingga 12 remaja berbasikal lajak.

“Memang cara mereka tunggang basikal agak merbahaya, kalau orang tak nampak mungkin boleh berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mazlin yang juga penyanyi kepada sebuah kumpulan brass band berkata, kejadian lapan remaja maut dilanggar kereta ­empat tahun lalu seolah-olah tidak memberi pengajaran terutama­nya kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit.

“Ibu bapa kena pantau anak-anak jangan terlalu ‘lepas’ mereka keluar tanpa ambil tahu apa mereka buat.

“Kita tidak mahu kejadian empat tahun lalu berulang, bila jadi macam itu (kemalangan maut) masing-masing menuding jari salahkan orang lain,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi, 18 Februari 2017, lapan remaja maut selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam di sini.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Da­nish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

Ahad lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebas dan melepaskan seorang jurujual, Sam Ke Ting, 26, daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan terdapat kes melam­paui keraguan yang ­munasabah terhadap tertuduh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI