fbpx
Alimi Wahidah (tengah) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memeras suaminya dengan mengambil wang lelaki itu sebanyak RM13,000 di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Suri rumah didakwa lakukan pemerasan, ambil duit suami RM13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap suaminya dengan mengambil wang lelaki itu sebanyak RM13,000 bulan lalu.

Tertuduh, Alimi Wahidah Shamsul,33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat jahat telah melakukan pemerasan terhadap Mat Yasin Junus, 60, dengan mengambil wang tunai sebanyak RM13,000 sebagai cagaran sehingga membawa ketakutan kepada lelaki itu.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di sini pada pukul 6.19 petang, 21 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Mohd. Nasir manakala tertuduh diwakili peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ariyani Mohd. Amin.

Nazuha menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.-K! ONLINE.

POPULAR