fbpx

Inspektor polis menangis, bebas daripada tuduhan tukar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juliana (tengah) bersama Khairul Naim (kanan) sebaik dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Majistret Klang daripada pertuduhan menukar barang rampasan disyaki dadah jenis syabu.

KLANG – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor menangis kesyukuran selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini daripada tuduhan menukar barang rampasan disyaki dadah jenis syabu, dua tahun lalu.

Majistret P. Sarulatha memutuskan demikian terhadap tertuduh, Inspektor Juliana Shamsuddin, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Juliana, bertugas sebagai pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Sarulatha dalam penghakimannya menegaskan terdapat beberapa kelompongan yang tidak dapat ditutup oleh pihak pendakwaan membabitkan kawalan kunci bilik pegawai penyiasat sehingga menimbulkan tanda tanya selain gagal memanggil saksi penting yang disebut pada perbicaraan.

“Pihak pendakwaan hanya bergantung pada keterangan mengikut keadaan. Pertuduhan juga cacat apabila hanya satu daripada 15 paket plastik lutsinar sahaja diuji membuatkan kandungan 14 paket lagi menjadi tanda tanya,” jelasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Juliana didakwa menukar barang rampasan sebanyak 15 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 201.2 gram kepada gula batu (Sucrose) sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan niat melindungi seorang individu lelaki daripada hukuman undang-undang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di IPD Klang Selatan, di sini antara pukul 7.30 malam, 4 Januari sehingga pukul 11.31 pagi, 10 Januari 2019. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI