fbpx

CCTV selesaikan isu buang sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa individu yang dikesan MPK membuang sampah haram di jalan berkenaan sebelum ini.

KLANG – Pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di dua lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas dan Jalan Papan di sini, berjaya menyelesaikan isu berkenaan.

Langkah proaktif Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu dianggap berkesan kerana tiada tindakan sitaan diambil sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya memasang sebanyak 10 CCTV selepas membersihkan kawasan berkenaan tahun lalu.

Katanya, kesemua CCTV masing-masing enam di Jalan Kebun Nenas dan empat di Jalan Papan itu bertujuan menangani isu sampah haram yang berlaku sejak sekian lama.

“Keberkesanan pemasangan itu dapat dilihat apabila tiada tindakan sitaan kenderaan membuang sampah diambil sehingga September lalu.

“Keadaan itu nyata berbeza apabila sebanyak 16 tindakan sudah diambil pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI