fbpx

Bekas guru besar didakwa songlap zakat RM75,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Nor ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang bekas guru besar sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan wang zakat berjumlah RM75,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamed Nor Azmi Darno, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, bapa kepada enam anak itu didakwa semasa kejadian sebagai guru besar sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh dekat sini telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curang menggunakan sumbangan zakat berjumlah keseluruhan RM75,000 daripada sebuah syarikat korporat.

Wang zakat itu telah digunakan untuk kegunaan sendiri dan tidak diagihkan kepada murid asnaf sekolah itu bagi program pemberian sumbangan Hari Raya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Saujana Utama antara 17 hingga 19 Jun 2019.

Justeru, dia yang kini ditempatkan di bahagian psikologi dan kaunseling di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bermula 1 Julai lalu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebat serta denda. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI