fbpx
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Tampin selepas dipatuk ular semasa menjalankan tugas, semalam.

Anggota APM dipatuk ketika tangkap ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Tampin selepas dipatuk ular semasa menjalankan tugas di Jalan A’famosa, Alor Gajah dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Haiqal Mohd Azabi, 21, bergegas ke lokasi kejadian bersama rakan setugas bagi menangkap reptilia berbahaya itu.

Menurut Jurucakap APM Tampin, sebaik dipatuk ular dipercayai ular tedung hitam, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tampin dan dirawat di Zon Merah.

“Setelah menerima rawatan, anggota berkenaan telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah oleh pihak hospital untuk pemantauan rapi.

“Susulan kejadian berkaan, anggota tersebut mengalami sedikit sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

BERITA BERKAITAN