fbpx

5 maut dalam serangan bersenjatakan anak panah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kejadian serangan di Kongsberg, semalam. – AFP

KONGSBERG, NORWAY – Lima individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu insiden serangan yang dilakukan seorang lelaki bersenjatakan busur dan anak panah di bahagian tenggara Norway, semalam, kata polis.

Motif bagi serangan yang berlaku di beberapa lokasi di bandar Kongsberg itu masih tidak dapat dipastikan, namun suspek telah berjaya diberkas.

Seorang pegawai polis, Oyvind Aas mengesahkan bahawa lima individu maut, sementara mangsa yang cedera sedang dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.

“Suspek telah ditangkap polis dan menurut maklumat yang kami terima, hanya seorang suspek terlibat.

“Berdasarkan keadaan insiden tersebut, adalah menjadi satu prosedur biasa untuk polis menilai sama ada kejadian itu bermotifkan serangan pengganas,” kata Aas.

Polis mengenal pasti identiti suspek sebagai seorang rakyat Denmark berusia 37 tahun yang menetap di Kongsberg.

“Kami mendedahkan maklumat ini kerana terdapat banyak khabar angin di media sosial mengenai suspek, selain ada yang mengaitkan serangan dengan individu yang tidak berkaitan,” kata polis. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN