fbpx

Usah bawa pulang Covid-19 ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
SYED MOHD. HAZIQUE SYED NOR
WARTAWAN EKSEKUTIF

KEBENARAN rentas negeri berkuat kuasa pada 11 Oktober lalu pastinya menggembirakan banyak pihak selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus.

Selepas hampir sembilan bulan aktiviti rentas negeri dila­rang susulan penularan Covid-19, akhir­nya rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega berjalan di seluruh pelusuk negara.

Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas baru-baru ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan TRIIS iaitu Test (Uji)), Report (Lapor), Isolate (A­sing), Inform (Maklum) dan Seek (Dapatkan Rawatan) bagi mengelakkan kes Covid-19 me­ningkat kembali.

Test adalah melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan, manakala Report melaporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera.

Isolate pula adalah melakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling.

Inform ialah segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera.

Seek pula ialah mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau CAC berhampiran jika mengalami gejala berat.

Pakar perubatan, Dr. Hanafiah Bashirun berkata, TRIIS adalah tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan bagi semua lapisan masyarakat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Perkara ini bagi memudahkan kerajaan dalam pengesanan kontak rapat orang yang positif, jika anda tidak jujur, anda pasti­nya akan membebankan petugas barisan hadapan juga keluarga dan masyarakat.

“Jangan sebarkan Covid-19, kita balik kampung untuk bercuti dan berjumpa ahli keluarga yang sekian lama terpisah, jadilah rakyat bertanggungjawab dengan mengamalkan TRIIS,” katanya kepada Kosmo!.

Jelasnya, rakyat boleh mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan persekitaran bebas Covid-19.

“Antaranya, sudah pasti buat ujian sebelum balik ke kampung, jika didapati negatif, langkah seterusnya juga lakukan ujian kepada keluarga di kampung dan setelah keputusan didapati juga negatif baru boleh bersosial antara satu sama lain.

“Kemudian, setelah pulang ke rumah, sebelum hendak ke tempat kerja lakukan ujian demi memastikan kita tidak membawa virus berkenaan semasa berada di desa,” ujarnya.

Tegasnya, perkara ini amat penting kerana setelah pergi merata tempat dan berjumpa dengan ramai orang, mungkin individu itu boleh membawa virus Covid-19 secara senyap.

Baru-baru ini akhbar melaporkan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai perlu memastikan tiada lagi puncak kes Covid-19 dengan memakai pelitup muka, mematuhi prosedur operasi standard dan amalkan TRIIS. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI