fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah ambulans dan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat.

Kemalangan di lampu isyarat, salah ambulans atau kereta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Salah ambulans atau salah kereta.

Itu persoalan yang ‘dibahaskan’ pengguna laman sosial apabila melihat klip video kemalangan jalan raya melibatkan sebuah ambulans dan sebuah kereta di satu persimpangan lampu isyarat.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Sungai Siput, Perak, namun tidak dapat dipastikan bila ia berlaku.

Menerusi klip video berdurasi 56 saat itu, kelihatan sebuah kereta jenis Proton Wira telah melanggar sebuah ambulans yang tidak memperlahan kenderaanya ketika melalui satu persimpangan lampu isyarat.

Sebelum kejadian, ambulans tersebut dilihat seolah-olah seperti tidak dalam keadaan kecemasan dan dipandu secara agak ‘santai’ dan tidak memasang siren kecemasan.

Susulan perkongsian itu, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan netizen berhuhung kejadian, ada yang menyalahkan ambulans tersebut dan ada juga yang menyalahkan pemandu kereta.

“Salah ambulans, sepatutnya ambulans perlahankan kelajuan di lampu isyarat sebelum meneruskan perjalanan, dari segi pengalaman saya kerja Pertahanan Awam,”tulis Khairul Mieyda.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Khairul Anam.

“Pengalaman saya pemandu ambulans, setiap lampu isyarat saya akan berhenti dalam beberapa saat, supaya pemandu lain melihat keberadaan kita dan mendengar bunyi siren atau hon. Saya akan melihat di setiap simpang sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Berbeza pula pandangan oleh seorang lagi pengguna dikenali sebagai Saiful Azim.

“2 saat lepas kemalangan lampu isyarat arah ambulans dah hijau, kemungkinan wira laju kejar lampu oren,” katanya.-K! ONLINE