fbpx

Ikan di Sungai Geting, Tumpat boleh dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz Syed Al Fasal(Dua dari kanan)menyerahkan kotak ikan berinsulasi kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)Matang di Jeti Kampung Menteri disini.

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan hasil ikan di kawasan Perairan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan masih selamat untuk dimakan.

Hanya kerang-kerangan sahaja yang dikesan telah tercemar dengan toksin dan boleh memudaratkan kesihatan.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Fasal berkata, kerang-kerangan disitu dipercayai telah tercemar dengan sisa toksin di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, ini kerana cara habitat pemakanan kerang-kerangan berbeza dengan cara pemakanan ikan.

“Setakat ini hasil ikan dari sana masih selamat untuk dimakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program penyerahan bantuan kotak ikan berinsulasi kepada 74 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matang di Jeti Kampung Menteri Kuala Sepetang hari ini.

Terdahulu, satu notis larangan dari Jabatan Perikanan negeri Kelantan telah dikeluarkan berhubung pencemaran sisa alga berbahaya di kawasan perairan Sungai Geting.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Kelantan, Nazri Ishak berkata, larangan itu berkuat kuasa serta merta berikutan hasil keputusan analisis daripada makmal Biosekuriti Perikanan yang dijalankan menemui bahan toksin itu.

“Bahan toksin itu ditemui pada spesis kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala yang dikutip sekitar kawasan Perairan Sungai Geting.

“Akibat daripada memakan kerang-kerangan yang tercemar itu boleh menyebabkan keracunan, berbahaya dan memudaratkan kesihatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI