fbpx

Ahmad Dhani setuju Dul Jaelani ingin nikah muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD DHANI tidak keberatan dengan kehendak Dul kerana pernikahan bukanlah sesuatu yang dilarang dalam agama Islam.

PENYANYI dan pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani memberikan lampu hijau selepas anak bongsunya, Dul Jaelani meluahkan hasrat untuk bernikah muda.

Menurut Ahmad Dhani yang juga ahli kumpulan Dewa 19 itu, sebagai bapa dia tidak keberatan dengan kehendak anaknya itu kerana pernikahan bukanlah sesuatu yang dilarang dalam agama Islam.

Malah, jika anak-anaknya mahu mendirikan rumah tangga sebaik tamat persekolahan juga bukan satu masalah baginya.

“Saya setuju dan tidak ada masalah mahu menikah muda. Jika selepas lulus sekolah terus mahu menikah juga saya tiada masalah. Orang menikah itu halalkan?,” kata Ahmad Dhani yang juga bekas suami Maia Estianty itu.

Dul Jaelani atau nama sebenarnya Abdul Qodir Jaelani, 21, yang juga seorang penyanyi dan pelakon kini sedang hangat bercinta dengan aktres popular, Tissa Biani Azzahra yang berusia 19 tahun.

Pasangan tersebut yang turut berlakon bersama dalam sebuah filem Dear Imamku telah menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

Terdahulu, Dul meluahkan hasrat untuk berkahwin pada usia muda melangkaui abang sulungnya, Al Ghazali. Malah, dia sempat meminta kebenaran Al Ghazali terlebih dahulu.

“Ya, Dul ada meminta izin untuk bernikah terlebih dahulu. Saya tidak kisah, mengapa saya perlu melarang?

“Namun, buat masa ini dia masih fokus pada karier. Tambahan hubungan mereka masih baharu biarlah mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu,” ujar Al Ghazali.

Menerusi perkahwinan pertamanya bersama penyanyi Maia Estianty, Ahmad Dhani dikurniakan tiga orang anak lelaki, Al Ghazali, 24, El Rumi, 22, dan Dul Jaelani, 21.

Mereka bagaimanapun bercerai pada 2008 selepas 12 tahun berkahwin. Ahmad Dhani kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Mulan Jameela dan dikurniakan dua orang anak, Safeeya Ahmad, 10, dan Muhammad Ali, 5. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI