fbpx

Ayah jadi inspirasi, Al Ghazali masuk politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL GHAZALI

PENYANYI dan komposer, Al Ghazali mula menceburi dunia politik apabila mengumumkan penyertaannya sebagai ahli parti Gerindra.

Biarpun bukan pengikut tegar mana-mana parti politik sebelum ini, Ghazali mengakui penglibatan bapanya iaitu komposer dan penyanyi, Ahmad Dhani yang aktif berpolitik sangat mempengaruhi keputusannya.

Pemilik nama, Ahmad Al Ghazali, 25, ini juga juga tidak mahu terlalu memikirkan sejauh mana kerjaya politiknya akan berkembang.

“Ayah banyak memberi inspirasi dalam dunia politik ini. Selama ini saya hanya pantau dari jauh sahaja.

“Buat masa ini saya lihat dahulu bagaimana perjalanan kerjaya ini, belum tahu lagi akan bertanding atau tidak untuk pilihan raya tahun depan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ghazali berkata, dia dalam proses menyiapkan karya terbaharu bersama The Lucky Laki.

“Saya sedang sibuk menyiapkan single baharu, mungkin akan lancar 28 Mei ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI