fbpx
Motosikal yang ingin dijual pada harga RM90,000.

Tak masuk akal, 125z harga RM90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Yamaha RX-Z harga RM60,000 sudah dijual, Honda EX5 harga RM15,000 katanya juga sudah terjual kini timbul pula satu lagi jenama motosikal yang ditawar dengan harga tinggi.

Yamaha 125z keluaran pertama pula menjadi tular di sosial media sejak semalam apabila ditawarkan pada harga RM90,000.

Motosikal tersebut didakwa merupakan model keluaran pertama jenama tersebut telah disalin tukar barangan baru daripada stok lama (NOS) hampir keseluruhan bahagian.

Yamaha 125z yang dikeluarkan sekitar tahun 1998 ke 1999 itu merupakan motosikal yang begitu terkenal kerana bentuk serta kelajuannya yang dikatakan melangkaui zaman.

Namun harga yang ditawarkan bagi model pertama ini menjadi pendebatan hangat di media sosial sejak semalam dan rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan itu.

“Betul model ini dah tiada dalam pasaran, tapi harga yang diberi cukup tinggi. Walaupun barangan dia ori, tapi tak perlu la ‘offer’ sampai harga macam ni,” jelas Ketaro Racing.

“Baik beli kereta aku rasa, kalau dah nak pakai sangat motor ini banyak lagi yang murah, jangan jadi hamba kepada motor sangat la,” jelas Issey Kave.

“Biarlah dia nak jual mahal, orang yang tahu saja yang faham kenapa model ini mahal. Kalau tak mampu diam sudah la. Nak bising buat apa,” kata Saifullah90. – K! ONLINE.