fbpx

Kerajaan tidak boleh paksa ambil suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak boleh memaksa individu yang enggan divaksin untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 meskipun terdapat negara lain seperti Singapura telah mewajibkannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, Malaysia belum sampai ke tahap itu, namun pelbagai cara boleh dibuat untuk memastikan rakyat mengambil vaksin berkenaan.

“Seperti sekarang ini tidak divaksin tidak boleh menikmati makan bersama keluarga di restoran. Dengan cara begini lama kelamaan mereka akan sedar bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa mengikuti nikmat orang lain.

“Walaupun tiada paksaan (mengambil suntikan vaksin) lama kelamaan mereka akan sedar bahawa untuk hidup dalam dunia ada dua cara sama ada “passive infection” atau “active infection”, tetapi “active infection” boleh pergi ke tahap 3, 4 dan boleh masuk ICU (unit rawatan rapi).

“Jadi kita serah kepada kebijaksanaan mereka-mereka yang degil ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) berkenaan mereka yang masih enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Abdul Latiff berkata, kerajaan Malaysia belum mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 kerana masih ada ruang untuk berbincang dengan mereka yang menolak.

“Macam Orang Asli apabila kita berbincang dengan mereka akhirnya mereka boleh terima, maka di Malaysia ini boleh dicapai tanpa paksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI