fbpx

90.4 peratus individu dewasa lengkap divaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 90.4 peratus atau 21,154,357 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.8 peratus atau lebih 22,200,207 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Data yang dikongsikan JKJAV.

Setakat semalam juga, sejumlah 184,486 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 33,040 diikuti Johor (20,784), Perak (15,312), Kedah (13,891) Kelantan (9,704), Pahang (9,202) dan Pulau Pinang (8,965).

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung agar melakukan ujian kendiri Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan mereka bebas daripada Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI