fbpx

Tempahan hotel bajet dijangka meningkat 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

MELAKA – Sebanyak 176 hotel bajet di negeri ini dijangka menerima peningkatan tempahan sehingga 70 peratus pada hujung minggu ini susulan aktiviti rentas negeri telah dibenarkan, bermula hari ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Melaka, Sazali Sabri berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan jumlah tempahan sekitar 48 peratus yang diterima selepas Melaka beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal September lalu.

“Selepas Melaka beralih pada Fasa 2 PPN, aktiviti rentas daerah dibenarkan dan kita mula menerima tempahan yang amat menggalakkan daripada pelancong dari dalam negeri.

“Jadi, kita jangkakan jumlah tempahan ini akan terus meningkat mencecah 70 peratus pada hujung minggu ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula hari ini,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI