fbpx

Alami hipertensi, Zul Ariffin dimasukkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS empat jam menerima rawatan semalam, Zul dibenarkan pulang ke rumah.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah jangan risau, keadaan Zul sekarang semakin okey. Buat masa ini doktor minta dia berehat dulu di rumah sehingga benar-benar pulih.”

Demikian maklum balas pengurus Zul Ariffin, Afdal Shahizad mengenai keadaan terkini aktor popular itu yang dimasukkan ke hospital selama empat jam, semalam disebabkan tekanan darah tinggi.

Afdal berkata, sebelum ini Zul tidak pernah mempunyai masalah hipertensi tetapi terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, semalam selepas mengadu kurang sihat.

“Dia ada beritahu tak sedap badan. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati dia mengalami masalah hipertensi walaupun sebelum ini tiada tanda-tanda penyakit itu.

“Selepas empat jam diberikan rawatan, Zul sudah dibenarkan pulang dan dibekalkan ubat, tetapi kena banyak rehat. Insya-Allah semuanya baik-baik saja.

“Kebetulan buat masa ini Zul masih belum masuk ke set penggambaran untuk sebuah projek baharu yang dijadualkan bermula pertengahan bulan ini.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesihatannya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, malam tadi bintang filem Sangkar itu berkongsi sekeping fotonya terlantar di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanannya dalam Instagram Stories.

Menyusul selepas itu adalah kapsyen ‘rest jap’ atau rehat sekejap yang membuatkan ramai tertanya-tanya dan risaukan keadaan pelakon berusia 35 tahun itu.

Sementara itu kata Afdal, Zul Ariffin sudah membuat persediaan untuk menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Tarik Daku Ke Syurga untuk slot Samarinda TV3, minggu depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI