fbpx
Mohd Akmal meninjau kelengkapan klinik sementara Manjoi di Ipoh semasa mengadakan lawatan pagi tadi.

Tunggu kebenaran keluarga punca pelajar lewat daftar vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Kelewatan pelajar mendaftar bagi program vaksinasi di beberapa sekolah agama di negeri ini berlaku berikutan pihak sekolah terpaksa menunggu pengesahan daripada ibu bapa.

Disebabkan keadaan itu kebanyakan pengetua tidak dapat menyiapkan data kebenaran tersebut untuk dimajukan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, hanya 50 sekolah agama sahaja yang sudah menghantar senarai nama pelajar mereka untuk vaksinasi.

“Saya difahamkan tidak ada pengetua yang tidak mahu pelajar daftar untuk program vaksinasi, sebaliknya mereka cuma lambat mendaftar.

“Ini kerana pendaftaran itu perlu mendapat pengesahan daripada ibu bapa terutamanya bagi pelajar bawah umur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan projek menaiktaraf dewan serbaguna Manjoi di klinik sementara Manjoi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pusat tahfiz dan pondok di negeri ini terutamanya yang tidak berdaftar diminta segera menghubungi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi urusan pendaftaran vaksinasi Covid-19 pelajar. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN