fbpx

Orang ramai disaran amal TRIIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Orang ramai disaran mengamalkan ‘Test’, ‘Report’, ‘Isolate’, ‘Inform’, ‘Seek’ (TRIIS) ekoran kebenaran rentas negeri bermula esok yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, orang ramai perlu manfaatkan kelonggaran ini dengan penuh tanggungjawab.

“Alhamdulillah seperti yang diumumkan Perdana Menteri, rentas negeri dibenarkan bermula esok. Tiada lagi halangan untuk pulang bertemu ibu bapa dan ahli keluarga di kampung.

“Namun, amat penting untuk manfaatkan kelonggaran ini dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya hari ini.

Hishamuddin menyeru orang ramai mengamalkan TRIIS

Jelasnya, selain terus patuh prosedur operasi standard (SOP), orang ramai mesti kukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS.

“Test, lakukan ujian pengesanan Covid-19 jika mengalami simptom; Report, laporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera; Isolate, kuarantin kendiri jika positif; Inform, maklum kepada kontak rapat jika positif dan pihak berwajib jika kesihatan merosot; Seek, dapatkan rawatan jika alami gejala berat.

“Sebarkan tentang TRIIS kepada ahli keluarga, sahabat dan seramai mungkin kenalan supaya ia menjadi rutin kendiri,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok di mana rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI