fbpx

Wanita ‘Datuk Seri’ guna nama TMJ diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB KHAN memberitahu pihaknya mengesan dua lelaki dipercayai turut bersekongkol dengan wanita tersebut.

JOHOR BAHRU – Polis memburu tiga individu termasuk seorang wanita bergelar ‘Datuk Seri’ dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pemalsuan dokumen Letter Of Underta­king menggunakan nama Tunku Mahkota Johor.

Pemeriksaan awal mendapati dokumen palsu itu membabitkan urusan tukaran mata wang asing mencecah sehingga AS$5 trilion (RM20.91 trilion).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, laporan polis dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor berhubung perkara itu pada pukul 7 malam kelmarin.

“Pemeriksaan mendapati dokumen itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar ‘Datuk Seri’ yang mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Dokumen palsu yang didakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail itu adalah bagi menjalankan urusan tukaran mata wang asing Dolar Amerika kepada Ringgit Malaysia bernilai AS$200 bilion sehingga AS$5 trilion,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

“Hasil semakan melalui laman www.istiadat.gov.my mendapati penama yang bergelar ‘Datuk Seri’ itu tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gela­ran berkenaan.

Menurut beliau, selain ‘Datuk Seri’, pihaknya turut mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai bersekongkol dengan wanita tersebut.

“Maklumat lanjut berhubung kes ini masih dalam siasatan,” ­katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan memberitahu, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati wanita bergelar ‘Datuk Seri’ itu merupakan suspek dalam kes penipuan draf Bank of Tokyo pada tahun 2011.

“Urusan itu melibatkan penggunaan akaun Maybank atas nama seorang lelaki tempatan sementara seorang lagi lelaki dipercayai terlibat dengan bertindak sebagai proksi yang merupakan seorang peguam,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu ko­nonnya mempunyai hubungan baik de­ngan pihak Istana Diraja Johor tanpa usul periksa bagi mengge­lakkan sebarang peni­puan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI