fbpx

Pekerja layak terima insentif tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang

PUTRAJAYA – Program Insentif Penggantian Jawatan Pekerjaan Asing atau Malaysianization yang diperkenalkan kerajaan membolehkan pekerja layak menerima insentif tambahan sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, sebagai contoh sekiranya tawaran gaji adalah RM1,500, pekerja akan diberi insentif RM500 menjadikan jumlah gaji kasar sebanyak RM2,000.

“Had kelayakan insentif ini telah ditetapkan kepada pemberian gaji pekerja pada paras minimum RM1,500 bagi majikan yang menyertai program ini.

“Program ini diperkenalkan mengambil kira faktor kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi negara
dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19. Ia bagi menggalakkan pengambilan tenaga kerja tempatan dan
mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun ini kerajaan telah menambah baik insentif Malaysianization melalui pakej PEMULIH dengan mengurangkan had kelayakan insentif daripada paras gaji RM1,500 kepada RM 1,200 agar dapat mendorong majikan menyertainya terutama majikan daripada kategori kecil dan sederhana. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI