fbpx

Jabatan Penjara Pahang buka ladang 32 hektar latih banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. BASIR MOHAMAD (kiri) diiringi Pengarah Penjara Bentong (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Mohd. Ilham Adenan (kanan) di Penjara Bentong di Bentong semalam.

BENTONG – Jabatan Penjara Pahang mengorak langkah proaktif membuka ladang sawit dan kelapa bagi melatih serta membimbing banduan dalam pengurusan ladang yang mempunyai potensi besar untuk mereka selepas dibebaskan.

Pengarah Penjara Pahang, Datuk Ab. Basir Mohamad berkata, pembukaan ladang berkenaan akan dimulakan awal tahun depan di tanah seluas 32 hektar yang terletak di belakang Penjara Penor di Kuantan.

“Kita mahu melatih dan mendedahkan banduan dalam pengurusan ladang sawit bermula daripada ladang nurseri sehinggalah menjual hasil dan disamping itu akan ditanam dengan tanaman kontan seperti cili dan jagung sementara menunggu hasil.

“Selain sawit kita juga akan tanam kelapa di kawasan seluas 20 ekar (lapan hektar) sebab kelapa ini semua orang guna jadi boleh dijual terus atau dihasilkan santan yang mana dapat memberikan kemahiran kepada banduan,”katanya selepas kunjungan hormat Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Profesor Dr. Mohd. Ilham Adenan di Penjara Bentong di sini semalam.

Yang hadir sama Pengarah Penjara Bentong, Datuk Abu Hasan Hussain.

Menurut Ab. Basir ladang terbabit akan diusahakan sendiri oleh banduan dengan bimbingan pegawai penjara dan rakan strategik sedia ada seperti Felda, Felcra Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP).

Selain itu katanya, pihaknya akan mendapatkan khidmat nasihat dan teknikal daripada pihak UiTM Pahang yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Ilham berkata, pihaknya sedia menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Penjara termasuklah dalam usaha jabatan berkenaan memulakan program baharu pembukaan ladang.

Katanya, selain khidmat nasihat dan teknikal serta aspek pengurusan ladang, sistem wakaf sawit juga boleh dipraktiskan di kawasan ladang berkenaan.

“Kita boleh wujudkan satu sistem wakaf sawit maknanya orang boleh beramal dengan mewakafkan pokok itu nanti,”ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI