fbpx

Ikan besar, ‘ganas’ perairan Terengganu jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR (kiri) dan A. Thiaga bangga dapat menjinakkan ikan ebek ketika memancing di perairan Pulau Redang, Terengganu.

MENEMPUH perjalanan lebih 400 kilometer dari Pulau Pinang ke Terengganu bagaikan tidak terasa kepada kumpulan kaki pancing dikenali sebagai Badang Anglers selepas melihat lautan terbuka luas yang bakal mereka teroka untuk memburu spesies ikan besar terbaik.

Lokasi yang menjadi tumpuan adalah kawasan sekitar Pulau Redang yang sememangnya terkenal dengan spesies ikan laut dalam yang menjadi buruan kaki pancing tegar dari seluruh negara.

Menurut seorang ahli kumpulan itu, Azhar Harun, 51, kumpulan itu terdiri daripada 10 ahli yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang dan berkongsi hobi sama.

“Kami biasanya mengambil cuti untuk turun memancing dua atau tiga kali setahun selepas penat bekerja.

“Biasanya kami ambil cuti antara empat hingga lima hari jika perlu ke lokasi memancing di luar kawasan utara serta perlu menyewa bot,” katanya baru-baru ini.

Katanya, sejak 10 tahun lalu, mereka telah pergi ke beberapa kawasan perairan sekitar Pantai Barat Semenanjung dan berjaya menjinakkan beberapa spesies ikan besar di sana.

Jelasnya, bagi beralih angin, mereka mengambil keputusan datang ke perairan Terengganu sekitar Redang yang terkenal dengan spesies ikan besar.

“Antara spesies ikan yang terdapat di Pulau Redang ialah tenggiri, jenahak, ebek, kerapu, gerepoh atau lebih dikenali sebagai GT serta ikan pisang,” ujarnya.

Menurutnya, ramai kaki pancing yang mempunyai keinginan untuk menjinakkan spesies ikan di sekitar Pulau Redang kerana kedudukannya di Laut China Selatan yang memberi banyak cabaran dan keterujaan tersendiri.

KUMPULAN pemancing Badang Anglers sentiasa memburu lubuk yang banyak ikan besar di perairan negara ini untuk mencuba nasib menaikkan spesies terbaik.

“Kami difahamkan umpan yang sesuai digunakan untuk memancing di perairan ini adalah anak ikan dan sotong.

“Jika kami memancing pada musim sotong banyak, maka lebihan sotong itu akan dibawa pulang bersama hasil tangkapan lain,” ujarnya.

Rakannya, Azmi Abdul Aziz, 53, berkata, spesies ikan di perairan ini berbeza dengan di Pantai Barat kerana ikan-ikan di sini lebih ‘ganas’ dan memerlukan ketahanan mental yang kuat untuk melawannya.

Katanya, antara jenis ikan yang popular dalam kalangan pemancing ialah ikan GT, tenggiri dan ebek kerana ia memberi kepuasan kepada mereka setiap kali menjinakkannya.

“Kami akan rasa satu kepuasan apabila ikan yang ditangkap adalah daripada spesies terkenal dengan sifat ‘ganas’ sebelum berjaya dinaikkan.

“Namun adakalanya, kurang bernasib ketika sedang seronok ‘melawan’ ikan, tali tiba-tiba terputus,” ujar.

Seorang lagi kaki pancing, A. Thiaga, 44, berkata, kebiasaannya pada musim banyak ikan antara Julai hingga Oktober, dia dan rakan-rakan mengambil cuti untuk turun memancing di laut.

Ujarnya, memancing di laut dalam mempunyai banyak cabarannya dan paling utama adalah keadaan cuaca.

HASIL tangkapan yang agak banyak diperoleh kumpulan pemancing Badang Anglers ketika beraksi di perairan Pulau Redang, Terengganu.

“Jika keadaan laut bergelora, kemungkinan ada pemancing akan mengalami mabuk laut, namun itu semua tidak menjadi halangan kepada kami.

“Kadang-kadang baru sahaja memancing, tiba-tiba cuaca berubah dan kami terpaksa pulang ke pantai kerana keadaan angin kuat serta laut bergelora berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Pemancing biasanya akan menyambung semula aktiviti memancing keesokan harinya atau hari yang sama jika keadaan cuaca kembali tenang,” jelasnya.

Bagi Zakri Ali, 40, pula, memancing di laut dalam memberikan kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Ujarnya, hanya mereka yang pernah mengalaminya akan merasai keterujaan.

“Setiap kali kami keluar memancing ketika cuaca baik dan mendapat lubuk yang tepat, hasilnya amat memuaskan sekali.

“Kadangkala kami membawa pulang hasil tangkapan sehingga 100 kilogram dan disimpan di dalam kotak yang diletakkan ais untuk dibawa pulang sebelum diagihkan sesama kami,” tambahn

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI