fbpx

‘Dua tahun boleh, apalah sangat 0.6 peratus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Sesetengah netizen menyifatkan baki sebanyak 0.6 peratus lagi sebelum Malaysia melengkapkan jumlah populasi dewasa lengkap divaksin sebagai tempoh masa yang masih relevan serta boleh ditunggu.

Perkara itu disuarakan pengguna media sosial selepas ada segelintir rakyat mula menyuarakan keresahan apabila peratusan harian individu lengkap divaksin dilihat sedikit perlahan berbanding minggu sebelum ini.

“Reda saja, kalau dua tahun boleh tunggu, setakat 0.6 peratus tiada hal, janji semua selamat.

“kalau balik kampung bawa penawar Covid-19 tidak mengapa, ini bawa penyakit tidak bergejala seperti letak racun dekat makanan orang tersayang,” ciap @hma_saint.

Tangkap layar hantaran netizen yang meminta orang ramai untuk bersabar sebelum rentas negeri diumumkan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial @Adam Shariff Noordin menjelaskan, majoriti rakyat sudah menerima vaksin turut mempengaruhi kadar peratusan rendah ketika ini.

“Kenapa masih perlahan (peratusan), sebab ramai sudah ambil suntikan, yang tinggal sama ada mereka yang menolak vaksin atau tercirir.

“Yang tercicir itu, kerajaan boleh usahakan, tetapi yang menolak vaksin, tidak boleh buat apa sudah,” jelasnya.

Katanya lagi, penutupan banyak pusat pemberian vaksin (PPV) juga menyebabkan peratusan tersebut rendah seterusnya menyebabkan suntikan dos pertama tidak dapat dilaksanakan secara besar-besaran.

“Jadi, mohon bersabar,bukan semua benda dalam dunia ini ada agenda, kadang kala ia hanya matematik yang ringkas,” nasihatnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI