fbpx

Raja Afiq sengkek, siar video tak senonoh reviu IG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Afiq menerima kecaman selepas berkongsi satu hantaran status yang disifatkan tidak senonoh oleh peminat dalam Instagram.

PETALING JAYA – “Jangan sampai peminat semua berubah hati.”

Demikian amaran yang ditinggalkan salah seorang peminat menerusi ruangan komen berhubung hantaran status berbaur lucah oleh pelakon Raja Afiq.

Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali berdepan kecaman hebat peminat apabila memuat naik satu video menyaksikan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya menayang bahagian payudaranya demi memenuhi kehendak reviu atau iklan dalam Instagram.

Disebabkan muat naik berkenaan, ramai dalam kalangan peminat mengingatkan supaya aktor itu berhati-hati dalam memilih reviu yang ingin diiklankannya dalam media sosial.

“Agak-agaklah nak ambil reviu pun, tak payahlah nak muat naik video atau gambar yang tidak senonoh.

“Aduhai, jangan tunjuk diri itu sengkek sangat boleh tak?,” getus seorang netizen lain.

Video yang diiklankan dalam Instagram pelakon Gerak Khas: Undercover itu menyaksikan seorang wanita hanya menyarung coli berona hitam berdurasi kurang daripada lima saat.

“Bayangkan akak miliki payudara dan punggung yang seksi hasil tindakan awal akak hari ini,” tulis Raja Afiq sebagai kapsyen pada video reviu yang dikongsi.

Tahun lalu, Raja Afiq mendirikan rumah tangga dengan seorang anggota polis, Sofwany Yusof di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI