fbpx
Pempengaruh sensasi dikenali sebagai Prince Syed sudah memaafkan mentuanya yang melakukan kekasaran terhadapnya beberapa bulan lalu.

‘Walau dihentak dengan topi keledar, saya mahu lupakan semua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed merindui lemang buatan ayah mentuanya dan sedih kerana tidak menikmatinya lebaran tahun ini.

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, menyifatkan bapa mentuanya itu sebagai seorang yang sangat baik.

“Saya rindu lemang ayah mentua saya buat. Rindu sangat-sangat. Ayah mentua saya ini orangnya baik.

“Apa jadi sekali pun, kasih sayang saya pada keluarga mentua tidak akan pernah pudar,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Suria FM, di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai hubungan dengan keluarga mentua, Prince Syed berkata, hubungan mereka tidak lagi ‘panas’ seperti sebelum ini.

“Saya mengambil pendekatan untuk jadikan apa yang berlaku di antara kami sebelum ini sebagai satu pengajaran.

“Walaupun saya pernah dibelasah oleh keluarga mentua, dihentak dengan topi keledar, tapi saya mahu lupakan semuanya.

“Saya jadikan perkara ini sebagai usaha untuk saya menjadi suami yang lebih bertanggungjawab untuk jaga isteri saya elok-elok. Itu janji saya,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ramai netizen yang menghentam dia dan isterinya, Fatin gara-gara didakwa cuba memenjarakan keluarga mentuanya.

“Sebenarnya tidak. Mereka ditahan di lokap untuk membantu siasatan. Saya pun hanya tahu pada malam hari saya buat laporan menerusi sebuah video dalam TikTok. Saya terus hubungi pegawai polis dan mereka beritahu terpaksa tahan teman untuk siasatan.

“Ketika itu saya masih kelam kabut untuk menjaga isteri di hospital,” katanya yang sudah menarik semula laporan polis terhadap keluarga mentuanya pada Mac lalu.

Terdahulu pada 14 November lalu, empat ahli keluarga mentua Syed telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan berbeza.

Ibu bapa mentua serta adik ipar Syed mengaku tidak bersalah atas dakwaan sengaja mencederakannya di Sungai Bertek pada awal November, manakala abang ipar Syed turut membuat pengakuan sama atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta milik adiknya, Fatin Syazwani.

Kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin, dengan kes kecederaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN