fbpx

Kes kematian lepasi 27,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / RASUL AZLI SAMAD

PUTRAJAYA – Kes kematian negara melepasi angka 27,000 dengan 27,113 kes semalam, selepas pertambahan sebanyak 132 kes kematian Covid-19.

Data pada laman web CovidNow menunjukkan, daripada jumlah 132 kes kematian tersebut, terdapat satu kematian sebenar dalam tempoh 24 jam semalam.

“Selain itu, 26 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan, dengan jumlah kes BID sebanyak 5,450 kes,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, kesemua kes kematian dilaporkan Pulau Pinang (33), Sarawak (19), Johor (15), Sabah (15), Perak (14), Selangor (13), Kelantan (6), Terengganu (6), Pahang (4), Kedah (3), Perlis (2), Kuala Lumpur (1) dan Melaka (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Kes aktif juga terus menurun di bawah angka 130,000 dengan 129,049 kes direkodkan semalam melibatkan 103,717 kes dikuarantin di rumah, 16,558 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,947 kes di hospital, 382 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 445 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI