fbpx

Boleh ke JPN kemas kini alamat tanpa janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pemohon yang ingin mengemas kini alamat pada MyKad boleh hadir ke mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran untuk memohon pertukaran alamat tanpa perlu membuat janji temu.

Menurut kenyataan akhbar JPN, pihak tersebut sedang membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses pengemaskinian alamat pemilih lanjutan daripada pelaksanaan Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

Katanya, ini lanjutan daripada pengumuman SPR yang meminta pemilih-pemilih supaya mengemas kini alamat pada MyKad sekiranya mereka tidak tinggal di alamat yang dipaparkan.

“Justeru, pemohon perlu membawa dokumen sokongan sebagai bukti alamat baharu seperti bil utiliti atau cukai pintu atau cukai taksiran atau borang taksiran cukai pendapatan.

“Pemohon juga boleh menggunakan perjanjian jual beli rumah atau perjanjian atau resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI