fbpx

Vaksin Covid-19 tiba di hujung dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat membawa vaksin AstraZeneca tiba di Stesen Penyelidikan Rothera di Antartika semalam. - AFP

LONDON – Penghantaran vaksin Covid-19 tiba di Benua Antartika untuk memberi pelalian kepada kumpulan penyelidik Britain yang ditempatkan di hujung dunia, kata  Kementerian Luar Britain hari ini.

Vaksin tersebut diserahkan kepada Stesen Penyelidikan Rothera milik Kaji Selidik Antartika Britain. Ia merupakan destinasi paling jauh merangkumi Wilayah Seberang Laut Britain yang mendapat bekalan vaksin.

Vaksin AstraZeneca  itu diterbangkan dari sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja di Britain melalui Senegal dan Kepulauan Falkland sebelum sampai kepada 23 kakitangan fasiliti tersebut di Wilayah Antartika Britain.

Perjalanan sejauh 16,000 kilometer merentasi empat benua itu melengkapkan komitmen kerajaan Britain untuk membekalkan vaksin ke semua Wilayah Seberang Laut Britain yang berpenghuni.

Misi itu dicapai dengan kerjasama organisasi pembangunan antarabangsa, Crown Agents.

Ketua Eksekutif Crown Agents, Fergus Drake berkata, organisasi berkenaan telah membekalkan vaksin ke ‘hujung dunia’ termasuk Kepulauan Pitcairn di Lautan Pasifik dan Kepulauan Tristan da Cunha di Atlantik Selatan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI