fbpx

Skuad Kenyalang Emas enggan mendabik dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sarawak enggan mendabik dada meskipun berada di kedudukan teratas Kumpulan A, saingan Piala Malaysia kerana perjalanan masih jauh.

STATUS sebagai pendahulu Kumpulan A Piala Malaysia selepas menang dua kali ke atas pasukan Liga Super bukan tiket buat Sarawak United mendabik dada dengan prestasi semasa.

Peringatan itu disampaikan oleh tonggak pertahanan skuad Kenyalang Emas, Tommy Mawat Bada yang percaya saingan peringkat kumpulan sukar diramal selepas Piala Malaysia berehat hampir empat minggu ketika ini.

Kata Tommy, semua pasukan berpeluang memperbaiki kelemahan, selain kecederaan pemain utama mungkin sempat pulih menjelang bersambungnya Piala Malaysia 29 Oktober nanti.

“Memang tiada siapa menyangka kami berada di kedudukan teratas kerana ramai melihat kami sebagai underdog dalam Kumpulan A yang dibarisi tiga pasukan Liga Super seperti KL City, Sri Pahang dan Penang FC.

“Namun, saya akui pasukan sedikit bermotivasi kerana semua mahu bangkit daripada kekecewaan terlepas kejuaraan Liga Premier pada saat akhir dan mahu menebusnya dalam sai­ngan Piala Malaysia.

“Berbaki lagi empat perlawanan, sukar untuk jangkakan sekiranya kami mampu meneruskan momentum dua kemenangan yang kami telah buat sebelum ini kerana tempoh rehat selama satu bulan ini.

“Jadi, kami tidak boleh leka dengan kedudukan teratas ke­rana pasukan-pasukan pesaing pasti akan memperbaiki prestasi sebelum aksi ketiga nanti,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI