fbpx

Simen dalam jantung pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simen yang dikeluarkan dari jantung pesakit berkenaan adalah sepanjang 10 sm. - New England Journal of Medicine

NEW YORK – Sepasukan doktor di Amerika Syarikat mengeluarkan simen sepanjang 10 sentimeter (sm) dari jantung seorang pesakit yang baru menjalani pembedahan lima hari sebelumnya, lapor perkhidmatan berita 9News semalam.

Kes yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine itu menyebut bahawa lelaki berusia 56 tahun itu dikejarkan ke unit rawatan kecemasan sebuah hospital selepas mengadu sakit pada bahagian dada dan sukar untuk bernafas.

Selepas diperiksa, doktor mendapati bahawa terdapat simen perubatan sepanjang 10 sm yang telah mengeras dan menyucuk jantung kanannya.

Simen tersebut digunakan dalam pembedahan sebelumnya untuk merawat sakit tulang belakang.

Menurut laporan, simen perubatan polimetil metakrilat itu disuntik ke dalam tulang pesakit sebagai sebahagian daripada prosedur bagi membaiki tulang belakang yang rosak.

Bagaimanapun dalam kes yang disifatkan sebagai jarang-jarang berlaku itu, simen tersebut mengalir keluar dari tulang dan memasuki bahagian jantung sehingga mengeras.

“Embolisme simen adalah komplikasi prosedur kyphoplasty, di mana ia boleh bocor dan memasuki sistem vena, mengeras dan menempel pada organ,” demikian menurut artikel tersebut.

Tiada komplikasi dilaporkan selepas simen itu berjaya dikeluarkan dan pesakit pulih sepenuhnya dalam masa sebulan.

Menurut laporan akhbar Daily Star, meskipun komplikasi kebocoran dalam prosedur kyphoplasty pernah dilaporkan sebelum ini, kurang dua peratus daripada pesakit mengalami keadaan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI