fbpx

Pengusaha, tukang urut OKU mohon bantuan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tukang urut OKU mengurut pelanggan mereka di premis sekitar kompleks PKNS.

SHAH ALAM – Pengusaha premis urut dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang merupakan mereka terkesan akibat pandemik Covid-19 berharap kerajaan membantu dalam menghidupkan semula perniagaan mereka.

Permintaan itu juga didorong apabila Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SBGP) OKU dikatakan telah dimansuhkan tahun lalu seterusnya memberikan impak lebih besar kepada mereka.

Pemilik pusat urut Tempat Urut Istimewa (TUIS), Mohd. Azman Ab. Rahim, 49, berkata, Covid-19 yang menyebabkan pelaksanaan pelbagai siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah situasi paling teruk dihadapinya sepanjang menceburi bidang tersebut sejak 14 tahun lalu.

Dakwanya, kerugian dialaminya mencecah RM200,000 selain terpaksa berhutang lebih RM10,000 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ekoran gagal membayar sewa premisnya.

“Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan SBGP OKU dibawah Kementerian Sumber Manusia, namun telah dimansuhkan tahun lalu.

“Ini amat mengecewakan kerana skim ini amat membantu kami untuk kembali memulakan semula perniagaan dengan saya telah mendapat manfaat RM68,000 menerusinya dalam membeli barang keperluan perniagaan,” katanya ketika ditemui di premisnya di kompleks PKNS, hari ini.

Sementara itu, pemilik Pusat Urut Terapi dan Refleksologi OKU Shah Alam, Reza Farish Yusop Khan, 43, memberitahu, penutupan perkhidmatan urut sebelum ini menjejaskan pendapatannya sejak berkecimpung lebih 10 tahun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI