fbpx

Harga telur ayam di Shah Alam stabil, terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SHAH ALAM – Harga telur ayam di daerah ini masih stabil dan terkawal dengan sebiji telur ayam Gred A dijual pada harga antara 44 sen sehingga 49 sen sebiji.

Bagi harga telur ayam Gred B dijual antara 42 sen hingga 48 sen sebiji manakala telur ayam Gred C pula antara 40 sen hingga 45 sen sebiji.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, variasi pergerakan harga runcit telur ayam di pasaran daerah itu adalah pelbagai dan memberikan
pilihan kepada pengguna.

Katanya, telur ayam bersifat barang mudah rosak serta tidak boleh disimpan terlalu lama sekali seterusnya menyebabkan harga telur ayam di pasaran tidak ditetapkan oleh peniaga sebagai satu harga yang tetap atau seragam.

“Penetapan harga runcit telur adalah berbeza oleh setiap peniaga disebabkan faktor kos harga borong, belian jumlah
bekalan (stock volume), kos operasi premis, sasaran pelanggan dan lain-lain kos.

“Oleh kerana itu, harga jual runcit telur ayam dilihat berbeza atau tidak seragam dijual oleh peniaga di premis-premis. Ini merupakan situasi normal dan ekosistem perdagangan yang seiring dengan sistem ekonomi terbuka di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah media berhubung harga telur ayam di daerah itu didakwa sebagai tidak konsisten.

Muhamad Zikril menegaskan, situasi kepelbagaian kedudukan harga telur ayam di daerah itu masih dalam paras atau sekitar harga yang munasabah dan berpatutan yang tidak sama sekali memberi tekanan kepada kuasa beli pengguna di sekitar Shah Alam. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI