fbpx

England tarik diri mungkin kelebihan buat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOONG HAN mahu skuad badminton negara meneruskan momentum pada Piala Sudirman untuk memburu kedudukan podium saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark nanti.

KEPUTUSAN England untuk menarik diri daripada saingan Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark dianggap satu kele­bihan buat skuad badminton kebangsaan bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menganggap ketiadaan England dalam
saingan Kumpulan D satu kerugian kerana pemain-pemain akan kurang satu perlawanan pada kejohanan itu nanti.

Memandangkan Malaysia membariskan rata-rata pemain muda pada kejohanan tersebut, justeru Choong Hann berharap mereka dapat me­nimba pengalaman sepenuhnya, namun ketiadaan England menyebabkan peluang setiap pemain terbatas.

Oleh itu, barisan kejurulatihan perlu membuat penilaian serta keputusan terbaik bagi memberi peluang sama rata kepada setiap pemain untuk beraksi menentang Jepun dan Kanada dalam saingan peringkat kumpulan nanti.

“Memang tidak ada pasukan yang akan menggantikan England selepas mereka menarik diri daripada kejohanan kali ini, namun bagi saya situasinya tetap sama dan kita tidak boleh rasa terlalu selesa.

“Dalam saingan Piala Tho­mas kali ini, kita bariskan ramai pemain muda, jadi memang sudah tidak sabar untuk jumpa tiga pasukan sebagai pendedahan. Bagaimanapun, sekarang kita sudah kurang satu perlawanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bekas perseorangan lelaki No.1 dunia itu juga berharap pemain-pemain negara meneruskan momentum yang dipamerkan pada Piala Sudirman di Vantaa, Finland sebelum ini kerana beliau mengharapkan Malaysia sekurang-kurangnya menamatkan saingan Piala Thomas di kedudukan podium.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk capai kedudukan podium pada saingan kali ini. Oleh itu, saya mahu semua pemain berikan sepenuh fokus dan jurulatih juga perlu me­rencanakan strategi terbaik,” ujarnya.

Sebagai rekod, hanya dua pasukan teratas akan melayakkan diri ke pentas suku akhir dan Malaysia dilihat tidak berdepan masalah untuk me­lakukannya susulan tindakan England menarik diri atas alasan kecederaan pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI