fbpx

Bukan Sarah Suhairilah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI peminat masih berteka-teki tentang identiti bakal isteri Haqiem Rusli, sehingga ada yang memetik nama Sarah Suhairi sebagai suri hati pelantun lagu Mungkin itu.

UMUM tahu bahawa Haqiem Rusli bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Macam-macam nama yang para peminat sebut tetapi Haqiem masih lagi mengambil pendekatan mengunci mulut.

Barangkali dia ingin membuat kejutan pada hari bahagianya nanti.

Di sebalik keghairahan ramai mencari siapakah wanita bertuah itu, ada pula yang bertanya adakah penyanyi Sarah Suhairi yang bakal berkahwin dengan Haqiem?

“Sarah ke yang akan kahwin dengan Haqiem? Tanya saja, jangan marah,” soal netizen.

Jawab pelantun lagu Mungkin itu: “Salah orang ini.”

Alahai, sabarlah Sarah. Tak semena-mena dikatakan bakal bernikah pula.

Apa pun, buat Haqiem, kenal-kenalkanlah calon isteri awak ya. Ramai sangat nak tahu si pencuri hati Haqiem itu.

MIZZ LAHAR: Lain macam penangan drama Squid Game. Pelakon 10 saat pun boleh terkenal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI