fbpx

Pesakit Covid-19 lahirkan anak ketika koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen: Routs terkejut melihat bayinya sudah dilahirkan selepas dia tersedar daripada koma. – The Sun

LONDON – Seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma selepas dijangkiti virus  Covid-19 ketika usia kandungannya  mencecah 28 minggu, lapor akhbar The Sun semalam.

Kelsie Routs, 23, yang tidak menerima vaksin  Covid-19,  dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Sejurus tiba di hospital, dia diberikan bantuan ventilator dengan kadar oksigen paling tinggi.

Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan bahawa dia perlu ‘ditidurkan’ bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk pulih.

Ketika berada dalam keadaan koma, Routs terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya yang ketika itu seberat kira-kira 1.3 kilogram.

Wanita itu yang hanya sedar selepas tujuh hari koma berkata, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan.

“Saya berasa terkejut kerana sebaik sahaja tersedar daripada koma, bayi saya telah pun dilahirkan. Saya memahami bahawa doktor mahu menyelamatkan bayi ini dan saya masih terkejut dengan keadaan ini.

“Kami berasa amat gembira dan akan kembali sebagai sebuah keluarga bersama bayi ini. Ia bagaikan satu keajaiban,” ujarnya.

Bayi yang diberi nama Kobe itu perlu dipantau rapi oleh pihak hospital selama lebih 40 hari sebelum dia disahkan sihat untuk dibawa pulang.

“Kobe ialah seorang pejuang yang hebat dan dia akan terus membesar tanpa memandang ke belakang,” kata Routs. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI