fbpx

Brentford kini jadi bualan peminat bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRANK (kanan) meraikan kemenangan bersama para pemainnya ketika Brentford menumbangkan West Ham United 2-1 di London kelmarin. – AFP

LONDON – Pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Brentford terus mencipta sensasi apabila mencatat kemenangan ketiga daripada tujuh perlawanan selepas menewaskan West Ham United 2-1 kelmarin.

Kemenangan di Stadium London itu membolehkan The Bees melonjak ke tangga ketujuh EPL dengan 12 mata, ketinggalan empat mata dengan pendahulu, Chelsea.

Pengurus Brentford, Tho­mas Frank langsung tidak menjangka skuad bimbingannya mampu menunjukkan prestasi cemerlang pada awal saingan musim ini sehinggakan nama pasukan itu kini menjadi bualan rata-rata peminat bola sepak EPL.

“Kami sedang menulis satu cerita yang bagus. Kami perlu sentiasa positif dan terus be­kerja keras kerana dunia bola sepak sering berubah.

“Secara jujur, saya sentiasa mempercayai kebolehan para pemain dan saya percaya mereka mampu melakukan sesuatu dalam saingan EPL.

“Sudah tentu kami berbangga kerana 12 mata daripada tujuh perlawanan ini sangat bermakna buat kami. Ia satu jumlah yang cukup besar buat pasukan baharu seperti kami dalam kancah EPL,” katanya.

Ia bukan kali pertama Brentford mencipta kejutan selepas terdahulu membuka kempen EPL dengan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal pada 14 Ogos lalu.

Lebih mengejutkan apabila Brentford berjaya melakukan kebangkitan sebanyak dua kali untuk mengikat pasukan pilihan musim ini, Liverpool dengan keputusan 3-3 sewaktu saingan EPL minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI