fbpx

3 beradik tipu diculik, minta bapa wang tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Tiga beradik sanggup memperdaya bapanya dengan mendakwa kononnya mereka diculik untuk mendapatkan sejumlah wang tebusan dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, tiga suspek wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu telah membuat panggilan telefon kepada bapanya mengatakan kononnya mereka dikurung.

Bagaimanapun menurut beliau, mangsa berusia 66 tahun itu kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anak-anaknya.

“Menurut mangsa, melalui panggilan telefon anaknya telah memaklumkan bahawa bapa mereka perlu menyediakan sejumlah wang jika mahu dilepaskan.

“Bagaimanapun, pada pukul 8.30 malam semalam, polis telah menahan tiga suspek di dua lokasi berasingan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Zaharudin, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek telah berkonspirasi membuat cerita palsu bahawa mereka dikurung bagi mendapatkan wang dari bapanya.

“Kesemua wanita berkenaan kini direman bermula hari ini hingga Khamis di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang kejadian jenayah palsu,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI