fbpx

Zahid cadang Pilihan Raya Negeri di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi memberi laluan untuk pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, PRN itu juga akan memberi peluang kepada rakyat negeri itu memilih kerajaan baharu kelak

“Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai parti saya tapi tunggulah. Saya fikir elok kita adakan diadakan PRN dan DUN Melaka dibubarkan.

“Kita beri mandat semula pada rakyat untuk rakyat memilih manakah yang terbaik untuk mentadbir negeri itu dan negara kita, Insya-Allah,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berharap kemelut politik berlaku di Melaka tidak berulang di Putrajaya.

“Begitu juga apa sedang kita perhati di Melaka sekarang ini, saya harap perkara itu tidak menular untuk Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan situasi politik di negeri Melaka kembali panas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received