fbpx

Tidak divaksin kerana ada penyakit boleh mohon sijil digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu yang tidak boleh mengambil vaksin kerana faktor kesihatan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, permohonan bagi tujuan tersebut boleh dilakukan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan dengan mengemukakan borang khas slip penilaian kesesuaian menerima vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pengecualian itu hanya kepada pesakit yang mempunyai masalah penyakit tertentu yang telah disahkan oleh pakar perubatan.

“Yang pertama adalah pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan ataupun pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.

“Jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat yang ditetapkan, sijil digital tersebut melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh seminggu,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI