fbpx

Telan lebih satu kilogram logam untuk hilangkan ketagihan alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasil imbasan x-ray pada perut lelaki itu menunjukkan terdapat beberapa kepingan logam di mana ada antaranya yang berukuran 10 sm. - Erik Romanenko/TASS

VILNIUS, LITHUANIA – Sepasukan doktor di Lithuania berjaya mengeluarkan lebih satu kilogram paku dan skru dari perut seorang lelaki yang didakwa menelan objek tersebut bagi menghilangkan ketagihan terhadap minuman beralkohol, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dimasukkan ke sebuah hospital di bandar pelabuhan Klaipeda akibat sakit perut yang teruk.

Hasil imbasan x-ray pada perutnya menunjukkan terdapat beberapa kepingan logam di mana ada antaranya yang berukuran 10 sentimeter (sm).

“Dalam pembedahan selama tiga jam, kesemua objek asing termasuk yang bersaiz kecil telah dikeluarkan dari dalam perut lelaki itu,” kata doktor pakar bedah, Sarunas Dailidenas.

Sementara itu, Ketua Pakar Bedah Hospital Klaipeda, Algirdas Slepavicius berkata, pesakit berkenaan mula menelan objek logam sejak lebih sebulan lalu selepas dia berhenti mengambil minuman keras.

“Kami belum pernah melihat sesuatu yang seperti itu,” ujarnya.

Lelaki berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN