fbpx

Pokok jering tua tumbang hempap bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebatang pokok jering tua yang tumbang dan menghempap bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Seberang Guai di Bera.

BERA – Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi kuat yang mengejutkannya daripada tidur berpunca daripada sebatang pokok jering tua yang tumbang dan menghempap dapur rumahnya di Kampung Seberang Guai di sini awal pagi ini.

Norhazlina Nordin,40, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu dia sedang nyeyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi yang kuat daripada dapur ketika hujan lebat.

“Saya bergegas keluar daripada bilik dan apabila menjengah ke belakang rumah saya terkejut melihat bumbung dapur ranap dihempap sebatang pokok jering tua.

“Saya bersyukur kerana semasa kejadian tiada ahli keluarga berada di dapur dan kami sekeluarga terselamat serta tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu,” katanya semasa kunjungan pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di sini hari ini.

Sempena kunjungan itu pihak Muip menyampaikan sumbangan RM500 bagi membaik pulih atap rumah berkenaan.

Menurut Norhazlina semasa kejadian hujan lebat dan ribut berlaku di kampung berkenaan yang turut menyebabkan beberapa dahan beberapa batang pokok buah-buahan di sekitar rumahnya patah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI