fbpx

SOP Pulau Pangkor siap minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Prosedur operasi standard (SOP) untuk gelembung pelancongan ke Pulau Pangkor dalam peringkat penyediaan dan dijangka siap minggu hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, draf tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk disemak.

“Kita telah pun melaksanakan mesyuarat sekretariat penyelarasan untuk SOP Pulau Pangkor dan ia dalam peringkat penyediaan.

“Sebarang keputusan tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Motac,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program derma darah anjuran Persatuan Pelancongan Perak (PTA) di Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH) di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri juga optimis dengan sasaran asal untuk Pulau Pangkor dibuka selewat-lewatnya pada 1 November depan.

“Gelembung atau pun tidak, jika perjalanan rentas negeri dibenarkan, maka kita akan buka semula Pulau Pangkor kepada pengunjung,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI