fbpx

Sekali tendang, terus roboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan dinding rumah yang pecah.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memperlihatkan seorang lelaki bertindak menendang sebuah dinding rumah sehingga jatuh telah menarik perhatian orang ramai.

Tindakan itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah berbaloi jika kita memiliki rumah dengan harga yang sangat mahal selepas menonton video dari TikTok itu.

Menerusi perkongsian video oleh @irfahanhusin di laman aplikasi TikTok, memperlihatkan seorang lelaki menendang tembok, dan kelihatan tembok itu pecah dengan hanya satu tendangan.

Salah seorang pengguna @asmafras berkata, tindakan lelaki berkenaan telah membuka mata orang ramai sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli rumah.

“Tindakan lelaki berkenaan bagus supaya orang ramai sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan untuk membeli rumah yang dijual dengan harga yang sangat mahal.

“Saya harap anak muda buka mata dan tidak mudah dimomokkan patut membeli rumah, ini kerana harga rumah kini makin lama makin mahal supaya tidak ditipu,” jelasnya.

Sementara itu, @ayninsofea berkongsi pengalamannya yang pernah berlaku di kawasan kejiranan rumahnya apabila anak jiran pernah dihimpap dinding.

“Ada rumah baru siap dekat tempat saya tembok dia macam ini, sampai ada kes tembok jatuh hempap budak, harap-harap kita semua berhati-hati,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI