fbpx

DBKL tutup 26 premis dikendalikan warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa DBKL menampal notis arahan penutupan ke atas salah sebuah premis yang telah dikenakan tindakan semasa Ops Patuh.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenakan tindakan penutupan (sealed) ke atas 26 premis perniagaan kerana dikendalikan oleh warganegara asing tanpa kebenaran.

DBKL berkata, tindakan melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 itu dibuat selepas pihaknya mengadakan operasi Ops Patuh yang bermula 16 September lalu sehingga semalam.

Hasil operasi itu juga, DBKL memaklumkan, pihaknya telah menahan 44 orang warga asing yang terdiri daripada 15 orang warga Bangladesh, Indonesia (12), Pakistan (10) dan tujuh warga India bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan agensi penguat kuasa lain.

“DBKL turut mengeluarkan 11 notis kompaun menerusi Akta 342 dengan pelbagai kesalahan terhadap individu /pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selain itu, DBKL turut mengeluarkan 115 notis kompaun pelbagai kesalahan antaranya, 27 notis kompaun UUK 3(1) dan 46 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, secara keseluruhan, operasi selama 15 hari itu telah membuat pemeriksaan ke atas 471 buah premis dan syarikat yang melibatkan aktiviti pusat urut, perniagaan restoran, kedai pakaian, kedai runcit, gunting rambut, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI