fbpx

Pusat Perubatan KMI Tawau cawangan baharu KMI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Pakar Tawau yang diambil alih KMI akan dijenamakan semula sebagai Pusat Perubatan KMI Tawau, Sabah.

KUALA TERENGGANU – Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI) yang merupakan segmen penjagaan kesihatan milik TDM Berhad mengambil alih Hospital Pakar Tawau (TSH) dan menjenamakannya semula sebagai Pusat Perubatan KMI Tawau.

Kumpulan kesihatan TDM yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu tersebut telah mementerai perjanjian perolehan operasi dan penyewaan bangunan TSH melibatkan transaksi RM8 juta.

Pengerusi KMI, Raja Datuk Idris Raja Kamaruddin berkata, berdasarkan perjanjian tersebut, Pusat Perubatan KMI Tawau akan beroperasi di bangunan asal TSH.

“Pengambilalihan ini adalah sebahagian usaha syarikat dalam strategi pengembangan ‘brownfield’ dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk Timur Sabah,” katanya di sini semalam.

“Berdasarkan perjanjian sub-sewa tersebut, KMI akan menyewa tanah dan bangunan TSH untuk operasi Pusat Perubatan KMI Tawau selama 30 tahun,” katanya di sini hari ini.

Serentak dengan pengambilalihan berkenaan, Raja Idris berkata, kapasiti katil Pusat Perubatan KMI Tawau akan dipertingkatkan kepada 76 katil.

Tambah beliau, sebuah bangunan baharu sedang dibina dan dijangka boleh beroperasi menjelang suku pertama 2024.

“Selain itu, beberapa perkhidmatan pakar residen baharu seperti Ortopedik dan Telinga, Hidung & Tekak (ENT) akan tetap dikekalkan,” katanya.

Setakat ini, KMI turut memiliki empat cawangan lagi iaitu KMI Kuala Terengganu; KMI Kuantan, Pahang; KMI Kelana Jaya, Selangor; dan KMI Taman Desa. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI