fbpx

Agihan RM650 juta untuk ASM 3, ASN Equity 5, ASN Sara 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM650.73 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) dan dana harga berubah, ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.

ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM593.04 juta yang memanfaatkan 525,038 pemegang unit.

Pulangan sebanyak 4 sen seunit itu mengatasi pulangan penanda aras sebanyak 1.85 peratus yang direkodkan oleh Deposit Tetap 12-bulan Maybank bagi tempoh yang sama.

Sementara dua dana harga berubah, iaitu ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 mencatatkan jumlah pulangan 11.46 peratus dan 4.04 peratus, mengatasi penanda aras masing-masing iaitu sebanyak 8.66 peratus dan 1.73 peratus.

ASN Equity 5 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM9.80 juta bersamaan dengan 2.85 sen seunit, manakala ASN Sara 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan RM47.88 juta, bersamaan 2.8 sen seunit. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI